![]() |
1.Sewaktu nak beli laptop mula- mula tengok harga dan bandingkan dengan kedai lain,bagi mengelakkan pembaziran sewaktu membeli.Saya sarankan survey dahulu harga di online atau datang ke kedai komputer sendiri.
2.Processor : Merupakan otak komputer yang mengawal sistem komputer dan mengawal kecepatan kelajuan komputer.Processor mempunyai banyak jenis contohnya Intel i3,i5 dan i7 dan AMD.Bagi saya i3 pun sudah cukup untuk running pada laptop "orang kata tak lake atau hang".
3.Hard Disk : Tempat penyimpanan data bagi laptop. Sekarang ni standard HDD 320GB/500GB/ 640GB ada juga yang 1TB atau 2TB. Cari Harddisk Western Digital, Seagate kerana tahan untuk laptop.
4.RAM DDR3 : Selalunya RAM 2GB dah cukup untuk laptop yang guna OS Windows7.
Kalau nak bagi laju boleh tambah 4 - 8GB RAM nanti semakin lajulah laptop anda.
5.Grafik Kad : Fungsi Graphic Card ni nak bagi laptop kita lancar waktu kita tengok video@ main game.Kalau main game PES2014 ke memang tak ada sekat-sekat kualiti gambar dan warna dalam laptop pun lebih cantik.. Graphic Card ni pun ada 1GB,,2GB Tak semua laptop yang menyediakan Graphic Card.
Kaki Edit Gambar(Photoshop) dan kaki game saya sarankan cari graphic card 1GB atau lebih.jangan cari ''Intel Graphic'' kerana tidak sesuai untuk game,itu hanya untuk kualiti gambar sahaja.Graphic Card yang saya sarankan ialah ''NVidia atau ATI AMD.
6.Lain-lain komponen yang perlu anda tau :
i.DVD ROM,Sekarang ni standard laptop semua dah guna DVD ROM.Kegunaannya, nak tengok
CD/ DVD, BURN dan install software dll.
ii.USB (Universal Serial Bus). Sekarang ni dah ada teknologi USB terbaru USB 3.0,kalau tak silap 10X lebih pantas dari USB sebelum ni. Kegunaan USB. Nak transfer Data Pendrive, Cucuk Broadband, Handphone dll.
iii.HDMI = High-Definition Multimedia Interface.jika anda mempunyai tv lcd anda hanya cucuk port HDMI pada laptop dan satu lagi cucuk pada tv lcd tadi,kemudian paparan pada laptop anda sekarang hanya pada tv lcd sahaja.
iv.Port VGA -digunakan untuk present contohnya golongan pekerja untuk membentang projek dan hanya cucuk pada projektor.
7.Bateri Laptop.Sekarang ni standard bateri laptop dah 6cell. Jangkamasa tahan tu paling lama 2Jam. Bergantung kepada keadaan guna dan lain2. Kalau layan lagu dan main game, mmgla bateri cepat habis. Ada jugak laptop yang mempunyai bateri 9 cell. yang ni lagi tahan lama boleh sampai 3-4 jam.
Tips Penting:- Bila mula-mula dah beli laptop tu, sampai rumah cas bateri laptop sampai 8jam. kalau nak guna laptop sampai berjam-jam di rumah seeloknya keluarkankan bateri laptop, dan pasang power supply sahaja. Kalau nak keluar contohnya pergi study group di library@ pergi ofis boleh pasang semua bateri tu. Semua ni untuk meningkatkan daya tahan bateri tu.lagipun kita nak pakai lama.Guna untuk keadaan dan masa yang sesuai.
8.Lihat Warranty dan pastikan waranti itu bukan waranti kedai pastikan warranty dari kilang.Seeloknya setahun atau dua tahun waranti.
9.Saiz laptop : ada sesetengah orang minat saiz laptop 14 inci,15.6 inci,dan17 inci.Bergantung kepada anda untuk memilih saiz laptop.Bagi kaki travel sesuai 14 inci kerana tidak terlalu berat untuk dibawa.
10.OS : sekarang nie banyak OS kosong ''Freedos'' maksud saya format windows7 sendiri (cetak rompak).Kalau nak Windows kena bayar,itu belum campur harga laptop lagi.OS banyak jenis iaitu Windows7 dan paling terbaru Windows8.
